Friends

Sunday, January 20

Diy Alphabet Keychain

Satu benda yang paling yey sekali bila cuti sem adalah aku dapat spending time buat benda-benda yang aku suka without kena bebel oleh inche abah dan puan emak. Sebab tu bila tiba nya cuti sem aku awal awal lagi planning baikk punya apa yang aku nak buat time cuti so that nanti dah habis cuti tak de benda nak di sesalkan sebab dapat accomplish all sem-break missions. Huhu

Sebab passion aku lebih ke arah hal ehwal jahit menjahit, tampal menampal and what so ever ala-ala pompuan melayu terakhir gitew, so my first mission is nak siapkan order dari my sis's student. Dia order empat ketul keychain huruf double-u before aku cuti haritu lagi kot. Terpaksa postpone kan dulu sampai cuti ;)


Bawah ni aku nak guide korang camne nak buat keychain huruf double-u. Kalau nak buat keychain huruf lain pun boleh. Boleh buat sendiri. Buat untuk hadiahkan untuk special ones ke.. Bila buat dengan air tangan sendiri ni orang kata lebih value. Kan?


Untuk buat keychain ni senang je, cuma tang part kekemasan tu yang sikit problem, bagi aku la. Okey, ni benda yang korang perlu make sure ada before start buat, kain felt, benang, gunting, jarum, kertas plain dan fiber. Fiber ni korang boleh beli kat mana-mana kedai craft, kalau ada bantal yang lama-lama yang dah macam tak nak guna dah tu pun korang boleh amik kekabu dia, tak de hal. Kain pun kalau korang tak nak pakai kain felt, nak pakai kain lain pun boleh, tak de hal. Tapi susah sikit lah rasanya. Haa satu lagi benda aku lupa nak letak kat gambar tu.. keychain ring. Atau kalau korang nak pakai phone strap pun boleh, nak letak ribbon boleh. Ikut sesedap rasa korang. Hee

First step, korang printkan huruf yang korang nak kat atas kertas plain. Jenis font dan saiz korang adjust sendiri lah. Kertas plain tu aku suggestkan elok guna kertas yang tebal sikitlah daripada kertas yang biasa kita pakai print hari-hari tu, sebab bila korang nak trace kat atas kain nanti dia ikut shape cantik je dan tahan lama, let say lah korang nak buat lagi kan akan akan datang. Lepas dah print, guntingkan ikut shape huruf tu seperti yang di atas. Kalau korang tak nak print, boleh juga gunting huruf yang korang nak dari majalah ke, newspaper ke, ape ke,, boleh, tak da masalah. Cuma pastikan dapat permission dari tuan punya majalah tu dulu yaa. Huhu

Next, trace lah kat atas kain felt. Macam atas ni aku guna pensel je sebab felt tu colour cerah. If korang guna  kain dark colour, boleh guna pensel yang tailor guna tu,, alah tau kan.. aku tak tau apa orang panggil pensel tu. Ada 2colours, dark dan white untuk kain dark and light.

Lepas dah lukis, potong kain tu ikut line yang kita trace tadi. Lukis dua tau, satu untuk depan dan satu lagi belakang. Dan tengah-tengah nanti kita nak sumbat fiber. Kasi boncet itu double-u.

Then, masukkan benang kat jarum macam biasa. Oleh sebab aku takde benang yang tebal tu,, yang orang guna untuk mengait tu, jadi kita kena double layered kan benang supaya nanti bila kita jahit benang kita timbul. Ecehh,,, Haa dan pemilihan colour benang tu depend lah. Kalau korang tak nak nampakkan sangat benang, korang boleh guna colour yang lebih kurang sama dengan colour kain. Kalau korang rasa jahitan korang memang debakk kemas nak meninggal, korang boleh guna colour kontra dengan colour kain macam aku buat ni. Tapi aku punya jahitan tak debakk larr.. Hehe

Haa ni aku double layered kan. Kalau korang nak triple atau berlayer-layer pun boleh. Cara nak masukkan benang kedua dan seterusnya, korang just tarik benang pertama tu ke bawah sekali dengan jarum,then masukkan lah benang. Pastu matikan hujung benang dan boleh mula menjahit.

Jahit boleh start cucuk jarum kat sekeping kain dulu. Kat bahagian mana nak start cucuk, itu suka hati.


Make sure korang cucuk yang first tu kat sekeping kain dulu tau, so bila kita gabungkan kedua nya, simpulan hujung benang yang kita matikan tadi berada kat tengah-tengah antara dua keping kain macam ni.

Okey, untuk jahit ni kita guna jahitan "insang pari". Cara korang cucuk jarum macam kat atas ni, jarak dia korang agak lah. Yang aku buat ni lebih kurang 2~3mm gitu, ikut selera korang. Yang pasti jarak tu mesti lebih kurang la bila korang jahit untuk seterusnya nanti.

Lepas dah cucuk tadi, korang tarik jarum tu. Tapi jangan tarik habis, bila dah nak habis, korang masukkan jarum macam kat atas ni.


Pastu boleh terus tarik jarum sampai benag tu rapat ke kain. Dan rupanya adalah seperti di atas.  Faham tak?? Ok kalau tak faham, boleh google ye kawan-kawan. Google cara jahit "insang pari" atau nama english nya "blanket stitch". Tengok video lagi senang nak faham kot.

Pastu teruskan menjahit ikut step tadi. Once again aku remindkan, make sure jarak tadi dimaintainkan. Kalau korang buat jarak 2~3mm maintainkan 2~3mm, kalau buat 4~5mm maintainkan jugak. Supaya nanti nampak kemas dan teratur. Wahh gitew

Sambil-sambil menjahit,sila jangan lupa masukkan fiber ke dalam. Boleh minta kerjasama gunting untuk menolak fiber ke dalam lobang yang sempit tu. Masukkan sampai sendat ye. Lagi sendat lagi best. Ehhh?

Lepastu teruskan lagi menjahit. Bila sampai kat bahagian tengah dan atas huruf tu, sila longgarkan sikit benang macam ni sebagai cakuk keychain ring nanti. Kalau korang nak jahit ribbon untuk attach dengan ring pun boleh, nak guna eyelet pun boleh. Aku tak guna eyelet sebab tak pandai guna eyelet plier kakak aku tuh. Huhu. Akan cuba belajar soon. InsyaAllah. Then jahit sampai habis dan matikan benang. Pastu letak keychain ring/phone strap/etc. Siap sudah.

Selamat Mencuba! =P