Friends

Sunday, November 11

Cuti lagi,,, Yey!

Lately aku sangat mengada nak habiskan duit, tiba tiba teringin nak tukar phone baru, tetiba teringin nak buat rambot, tetiba teringin nak try produk itu ini. Tapi itu ok lagi,,, sebab teringin jek, yang tak boleh blah, aku dah pon membeli 30helai baju kat 2 buah online shop secara serentak. 20helai dah sampai, lagi 10helai on the way. Haiyooo kau dah kenapa beli baju banyak banyak ni sherot oiiii..!! Nak buat kenduri keee apee????

Tapi walau pape pun aku sangat berpuas hati dengan semua hasil belian aku untuk yang 20helai ni. Syabas sherot,, syabas! Anda telah memilih baju dengan jayanya..! huhu

Ok lupakan pasal baju,kita masuk bab rambot pulak ea. Semalam aku pegi potong rambut. Asalnya nak potong depan pesen rambut liyana jasmay yang dalam cerita kami tu..pastu belakang kasi trim sikit-sikit jeee.  Dengan harapan nanti jadi ala-ala cenggini la --->



Sekali dah jadi caenggini daaa

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
V


Lansung tak match dengan muka akuuuu :'( :'( :'(

Lepas ni nescaya aku akan potong rambut lagi punya. Angan angan nak simpan rambut panjang since form 1 lagi kottt! sampai ke sekarang tak sempat nak panjang pun rambut aku ni. Asal nak panjang sikit, rasa rimas, kesudahannya... potong! huhu. Guaner nak panjang kalau camtu gaya nya..


Mungkin lepas ni nak potong ala-ala cengginih pulak dengan harapan tulus ikhlas kena la dengan muka aku yang tak berapa nak k-pop nih!! Amiinnn.. amiinn juga tau korang, kalau burok jugak nanti alamatnya macam ni pulak la aku potong --->


Haa style bukan,,,?? Mau kena kejorr keliling kampung oleh Incik Abah cuba lah!! huhu..


Eihh, korang dah tengok Istanbul Aku Datang?? Woii comelllll gilerrrrahhh! Baik lisa, baju lisa, kasut lisa, beg lisa, rambot lisa, semuanya comellll sangat wokk! Dah la lawa sangat sangat sangat Istanbul!!! Sherot like that!!! Nampak tak? Setiap ayat diletakkan tanda seru menandakan keeksitedan berada di tahap tertinggi..! Makanya ramai-ramai lah pegi tengok, tak kisah la tengok kat wayang ke download kee.. Memang tak rugi.. sebab jalan cerita dia pun comel dan yang terpenting sekali,,, ringan. Aku memang suko cerita-cerita yang ringan-ringan, rileks-rileks, tak perlu nak pikir banyak-banyak sangat ni~ sebab masalah aku pon dah malas nak dipikirkan, tak perlu nak tokok tambah masalah dalam movie sangat dah nak dibuat pikir. Pegi tengok tau! =p




Actually entry ini nak mengkabokan yang aku cuti lagi!! haritu dah cuti midsem seminggu, pastu belajor seminggu, pastu cuti pulak ni seminggu. Macam dengan hape lagi kan kejap cuti, kejap belajor pastu cuti lagi. Nasib baik rumah aku sebelah unibesiti je, kalau takk habis duit kat tiket bas je.


p/s : yey! dapat tidur dengan tenang malam ini dan seterusnya~~~