Friends

Wednesday, October 24

Guna Western Union Untuk Terima Pembayaran Dari Pelanggan Luar Negara

"Camne customer dari luar negara nak buat pembayaran?"
Ni perkara pertama yang aku pikirkan masa first time berurusan dengan customer luar negara haritu. Dan aku percaya juga ada segelintir peniaga online yang tak biasa atau first time dapat customer dari luar juga akan fikirkan perkara yang sama. Ye dak?

Ok. Suka aku nak kongsikan kat sini, selain menggunakan Paypal dan wang pos, korang boleh juga gunakan Western Union. Camne nak gunakan Western Union??? Meh sini aku terangkan... ini pun berdasarkan pengalaman aku yang baru pertama kali haritu la ni pun. HUHU


First sekali korang bagi details korang pada customer. Macam aku haritu aku senaraikan first name, last name, address, street, postal code, city, state, phone number, date of birth dan amount yang customer kena bayar kat aku dalam RM. First name tu kalau untuk kita orang Malaysia ni selalunya nama kita, dan last name tu nama ayah kita la. Contoh, nama aku Syaerah Binti Saidun. So kira first name Syaerah dan last name Saidun. Haa camtuu.. Tapi akak kat bank tu kata kalau just isi nama kita tanpa nama bapa je pun boleh. Tak perlu isi last name.

Lepas customer dah bayar, depa akan bagi details depa. Antara details yang perlu ada first name, last name, amount yang depa bayar, dan nombor MTCN. Nombor MTCN tu untuk pihak bank trace pembayaran tu laa nanti. 

Sesudah customer cakap depa dah bayar, korang dah boleh lah ke mana-mana bank yang ada lambang Western Union yang colour kuning hitam tu. Banyak bank ada.. CIMB, Maybank, Public Bank, BSN, Pejabat Pos pun boleh jugak. 

Dah pegi tu korang boleh mintak borang penerimaan wang kat kaunter, borang penerimaan atas dia colour kuning macam ni
klik gambar untuk lihat lebih jelas :)


Isi semua-semua details yang dia nak tu dan last sekali sign kat bawah. Ada yang cakap borang Western Union untuk lain bank adalah berbeza, tapi aku tak tau lah beza kat mana sebab setakat ni aku pegi kat BSN je. Dan details yang kat atas tadi details yang kena diisi dalam borang Western Union kat BSN je la ea.. sebab kat unibesiti aku ni kat BSN tu je yang ada Western Union. Kalau kat rumah pulak, bank yang paling dekat pun BSN jugak. So memang ke BSN je lah setakat ni. Tak pernah try kat bank lain lagi pun.

Untuk bahagian question tu tak semua negara ada, kalau ada korang tulis lah, kalau takde, korang tinggalkan je.. Takde hal pun..

Oh ya, korang bawak sekali salinan kad pengenalan korang sebab nanti kena bagi kat pihak bank sekali borang dan depa akan mintak jugak kad pengenalan korang. Pastu nanti dia akan check cap jari, pastu akan tanya duit tu terima dari siapa, kenapa bla bla bla.. 


InsyaAllah kalau takde masalah pape kurang dari 10minit tu dah boleh sattle da. Mudah kan? :)

6 comments:

zach isaac said...

Selamat sejahtera blogger Sherot..saya nak tumpang tanya...ini adalah kali pertama saya menggunakan western union..ada orang kirim duit dekat saya n saya nak cash kan masalah dia sekarang western union minta dekat saya RM4,950 in advance utk keluarkan jumlah RM20k. Dia cakap untuk MTCN No. boleh bantu saya tak? kalau ikutkan apa yg awak tulis saya tak perlu buat apa2 bayaran untuk terima duit kan..as long as buyer bagi saya MTCN num kan? TQ..:)

Lizawaty Liz said...

Mana ada apa 2 bayaran... Jangan kena tipu..

faiz farhan said...

boleh x duit yg kita nk terima tu trus transfer ke account bank..sbb susah la nk kne pergi counter setiap kali ada duit yg nk receive...

Anonymous said...

Assalammualaikum , hye sye nk tanye ada org dri luar negara dh masukkan duit ke account sye melalui western union ni tp kenapa dye minx duit contoh katekanlah dye minx RM7500 untuk release kan duit tu kedalam account kita . Betul ke tu ?

sherotpetot said...

Wsalam. Sorry ya lambat respon,, sepanjang saya menggunakan western union, saya tak dikenakan sebarang bayaran samada untuk dapatkan MTCN no atau sebagainya. Untuk pengesahan saya cadangkan saudara/saudari terus ke kaunter untuk pertanyaan

Nur Syahirah said...

salam.. sy ad buat urusniaga dengn org luar negara.. dia byr guna paypal tpi dia suruh sy ke western union ntuk hntr duit ke pihak courier di philippines .. tpi sy kna duit sndri dulu pastu baru amik dtail nf western union untk withdraw duit