Friends

Monday, September 10

Review Compact Powder TerBEST Abad Ini

Anonono.. Orang lain review, aku pun menyebok nak review bagai jugak!! Haha.. Tapi produk yang bagus haruslah digembar gemburkan supaya satu kampung tau akan kewujudannya seterusnya orang kampung pun pakat-pakat try dan cantik secara berjemaah. Tak giteww tawan tawan??

Ok. Xmo panjang-panjang cerita lah ea.. Haritu aku tergoogle pasal compact powder. Then terjumpa ahkak ni review klik sini. Pastu google lagi, jumpa pulak dia ni, dia ni, dia ni dan dia ni review pasal compact powder brand Pixy. Actually banyak lagi yang review. Dan kesemuanya pun review yang positif. Aku pun terus menggedik nak cuba bedak ni.

Pixy ni brand Indon. Macam yang korang baca kat review review tadi kan.. Boleh jadikan sebagai foundation, boleh jugak pakai macam bedak asas biasa. Depa cakap bedak ni boleh dibeli kat Watson. Tapi, tak sempat aku gi cari kat Watson, aku dah jumpa kat pasar malam dulu. RM18 je. Lagi murah dari yang jual kat Watson kalau mengikut harga-harga yang depa cakap sampai RM20 lebih. Kihkihkih. Tapi aku tak tau la kalau fake ke apa. Menurut akak yang jual tu.. ori lah. Tak tau la kalau dia kencing aku pulakkan.. Harapnya idok lahh.. Oh ya, time aku beli ni tinggal 3ketul je bedak ni kat akak tu. Semuanya colour Natural Beige. Natural Beige pun Natural Beige lah, rembat je!


Mulanya masa lepas beli tu.. mak dengan kakak aku buat gelabah. Takut muka rosak lah apa lah sebab beli kat pasar malam kann. Huhu. Tapi sepanjang 3hari penggunaan, alhamdulillah takde kesan yang teruk teruk lagi. Akan datang pon mintak mintak takde jugak la. First day aku pakai main main je. So tak nampak kesannya. Second day pakai pastu langsung tak tengok cermin dah. So tak tau lah kesannya camne. Huhu. Third day pakai which is hari ni, balik kelas tadi.. tengok cermin.. wahh shantek nya!! Muka nampak licin je. colour dia pun kebetulan kena dengan kulit aku. Apa yang direview review tu pun kebanyakkan aku dapat rasai. Wahh gitew.. Tapi aku just pakai as bedak asas biasa je. Tak try lagi basahkan dia punya span tu. Tapi tu pun aku dah sangat berpuas hati dengan RM18 aku dapat hasil yang ohsem camtu ;)


gambar cilok google
SherotPetot really really liked this!



Aku sangat mengesyorkan korang korang try bedak ni. Harga murah tapi hasilnya shantek. Buat apa nak beli yang mahal mahal, yang brand brand femes tapi hasilnya tak seberapa. Ye idokk?!



Nak masuk cerita lain sikit ea. Tadi kan.. time kelas SPE tak pasal pasal aku jadi femes sat. HAHA. Dipilih jadi penolong ketua kelas wei!! Biar betol sikit korang nii vote aku ramai ramai dah kenapa!?? Bhahaha. Dah la chek ni gugup depan orang. Grrr~


P/s: Nak minum air kosong banyak banyak.. tapi malas nak gi tandas lo pastuh. Acaner tu..?