Friends

Tuesday, July 17

nah tips untuk start bisnes online

Entry kali ni aku nak share dengan korang camne nak start bisnes online. Ecehh niat di hati bukan lah nak lagak pro sangat bab bisnes ni. Sekadar nak share pengalaman aku jual tudung sepanjang beberapa bulan ni jer. Kot-kot dapat tolong korang-korang yang terniat nak buat bisnes tu kan..dan harap-harap dapat membantu kawan aku yang sorang ni..


Sebab dia juga sebenarnya aku telintas nak buat entry ni. Harap dapat membantu dia dan semua yang lain :)


Okey yang terpenting sekali untuk start bisnes ni kena ada minat, modal, camera dan juga internet semestinya.

Minat. Untuk tentukan apa produk/perkhidmatan yang korang nak jual seeloknya tepuk dada tanya lah selera. Cuba fikirkan apa yang korang minat ataupun hobi korang. Contohnya aku, peminat tegar tudung bawal.. dan see.. see... aku jual tudung bawal. Bila kita minat something of coz kita lebih arif tentang benda yang kita minat tu berbanding benda lain. Mana mungkin Markonah yang minat membuat kek lapis sejak usia 10tahun lebih arif tentang cara membuat karipap berbanding cara membuat kek lapis. Korang faham ke perumpamaan aku ni?? Haha ok NEXT..

Modal. Bisnes online tak perlukan modal yang besar macam bisnes offline. Tak perlu sewa premis, tak perlu bayar bil api, bil air, tak perlu pekerja pun bisnes dah boleh jalan. Macam aku dulu time mula start jual tudung dulu aku mula dengan RM200 lebih je. Lepastu dah dapat untung sikit slow-slow lah korang besarkan modal korang tu. Ataupun kalau korang taknak keluar modal langsung pun boleh juga sebab sekarang ni pun dah banyak onlineshop yang tawarkan untuk jadi agent dropship depa. Jadi agent ni korang tak perlu buat pape pun. Goyang kaki depan lappy je cari customer dah dapat komisyen. Aku dulu pun jadi juga agent. Pastu rasa macam tak berapa nak best terus stop and jual sendiri. Sekarang aku pula yang buat dropship. Kikiki siapa berminat boleh lah calling calling ya ;P

Camera. Ataupun gambar. Sangat mempengaruhi customer untuk beli barang korang. Lagi cantik gambar tu, lagi tinggi lah peluang untuk tarik ramai customer. Aku tak tau lah korang perasan ke tak. Aku bagi satu situasi ea.. Onlineshop A dan onlineshop B. Dua-dua jual tudung dari jenis yang sama, pattern yang sama, material yang sama, colour yang sama, harga yang sama dan segalanya sama.. yang lain nya onlineshop A guna model yang cun melecun dan onlineshop B guna model yang biasa-biasa aje. Agak-agak korang yang mana dapat tarik lagi ramai customer?? Kalau korang, korang pilih yang mana? Pasti nya pilih tudung onlineshop A. Soo konklusi nya, lagi photogenic model,lagi bagus kualiti gambar, kebarangkalian untuk tarik lagi ramai customer tu lagi tinggi. Cewah..

Internet. Kat mana nak pasarkan barang jualan tuuu? Sekarang ni banyak laman sosial boleh buat duit. Contoh yang paling popular facebook dan blog. Free je pulak tu. Dan macam mana pula korang nak promote blog dengan facebook bisnes korang tu? Buat lah contest/giveaway atau yang seangkatan dengannya. Tapi korang kena melabur sikit lah untuk hadiah tuu.. ataupun kalau dah berkira sangat cari je sponser. Selain contest bagai tu.. korang boleh juga sewa iklan di blog-blog yang bertrafik tinggi  yang tawarkan untuk sewa iklan. Banyak lagi sebenarnya cara nak promote. Aku pun kena banyak menuntut dulu sebelum nak listkan panjang bejela kat sini. Tak teror lagi bab ni. Hihi.. Hah dan satu lagi. Kalau boleh selalu-selalu lah jenguk blog/fb bisnes korang tu nanti. Sebab bedasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pembeli, sangat tak best bila tepaksa tunggu lama-lama untuk penjual tu respon order. Tambah lagi bila kita urgent nak beli barang tu.. So selalu lah jenguk dan respon laju-laju yer :)


Ok sampai sini je kot yang aku dapat share setakat ni. Aku pun tak teror mana pun. banyak perlu belajar lagi. Harap-harap dapat lah membantu korang yang ada niat nak buat bisnes online tu ye. Ha.. satu lagi. Kalau sebulan dua lepas korang start bisnes tu still takde customer tu (aku letew), jangan putus asa laaa... Teruskan je promote dan promote. insyaAllah nanti akan ada juga orang yang nak membeli. Pesanan tulus ikhlas ini dibawakan khas untuk anda oleh...


kikikiki :)

6 comments:

Anonymous said...

Rahsia Menjana Wang Melalui Internet
tanpa perlu membeli e-book
tanpa mengeluarkan modal
http://masyuksentiasa.blogspot.com/2012/08/neobux-tips-dan-trick.html

the dietitian to be said...

mcm mana nak cari supplier barang?

Anonymous said...

Aah.. mcm mana nak cari supplier brg ye sis?

nolyzulkeply said...

tips yang sgt2 membantu..temkiuu ;)

Amir Awang said...

terima kasih kerana berkongsi :)

Anonymous said...

Ad spe nak jadi dropship x? Xperlu modal...nt sy tlg guide...pm whtapp only 0145315694