Friends

Thursday, July 12

jual kraf felt

So far.. cuti semestaa ni ku rasa bagaikan berada di surgaa. Haha over. Tapi memang tu la yang ku rasa di kala ini. Walaupun kadang-kadang terasa juga macam orang takde masadepan je makan, tido, buat craft, online, makan, tido, buat craft, online. Pastu weekend berjimba-jimba sana sini situ. Tapi takpe.. itu la passion aku pon. Buat craft.. buat bisnes.. memang tu minat aku sebenarnya. Bukan kat unibesiti nun ;'( kesal 


Last week seminggu suntuk bertukus lumus buat kraf felt untuk buat jual kat sekolah angah. Depa ada minggu keusahawanan apatah. Buat gerai jualan bagai. Target nak buat 100 ketul tapi segala nya tuntas.. sempat buat 50 ketul aje. Kihkihkih.. kau ingat senang nak potong felt, nak jahit, nak sumbat kapas semua tu..?? Tambah pulak tukang buat ni tak berapa pro bab jait-jait ni. Memang lambat sangat nak siap jait seketul seketul tu -.-'


Tarapapaparaaa~ Ni la ha hasil nya. Macam sedih je kalau tengok balik harga yang aku letak tu. Murah gilak woi. Kalau beli online besar gigi yang colour biru tu ada dekat pat lima hingget tau. Aku jual dua hingget aje yuu..




Ntah ada masalah apatah last day baru angah jual benda alah ni. Respon nya?? Alhamdulillah.. Dari 50ketul tu 40ketul lebih berjaya dijual. Sekarang dalam usaha nak siapkan yang depa tempah buat huruf pulak. Ngeee~ Korang kalau kot kot ada yang nak tempah kraf dari aku pun boleh jugak.. sebab aku tak semena-mena 'ter'create satu page untuk kraf aku ni. Ecehh 'ter' lah sangat kan. Hikhik


Nahhh gi ramai-ramai like page kraf aku. tQ

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

waahhh best nyer ~

al-ukhwah said...

ukhwahcraft.blogspot.com