Friends

Monday, January 16

im officially engaged

Assalamualaikum. Hai korang. Lama lah pulak aku abaikan belog aku nih. Ehee.. Tak tahu kenapa tapi memang mood nak update belog macam nak tak nak je sekarang. Bila hati nurani rasa macam nak update, buka-buka belog, kelik-kelik create new post, pastu terus otak beku. Takde idea nak mencurahkan rasa hati, padahal memang nak luahkan sangat.. tak terkeluar pulak. Hishh spoil !


Harini 16 haribulan. Tadi gi unibesiti jawab last paper untuk final sem ni. Kiranya dah start cuti sem lah ni. Yeehaa..! Pasal final... tak nak cerita boleh? Tak nak pikir pon. Tawakal jee.. Harapan aku sekarang hope semua subjek pass lah. Ameen~ doakan aku ye korang (^^.)





Arr.. pasal tajuk kat atas tuu... semalam majlis nya. Terpaksa lah balik rumah walaupon esok tu nak exam. Rushing wehhh~ nak cancel dah tak boleh sebab memang dah tetap tarikh dah dan semua preparation pon dah buat :P jom lah korang kita layan gambar. Brokban tiba-tiba laju pulak, rasa macam tak nak stop je upload gambar. Ngehh

Majlis bermula dengan bacaan Yassin 


Haa yang ni hantaran dari pihak family aku
satu dua tiga pat lima nam tujuh
Tujuh kesemuanya ^.^

Bunga tangan. Lawa kan~

 Hahh tengahari lepas Zuhur rombongan pihak lelaki pun tiba....


10 minutes later..

yey aku officially menjadi tunangan orang!!!








aik. aik. aik. muka aku dah berubah menjadi muka kakak aku selepas di makeup
hahahah sudah-sudah lah nipu nye tu sherot.
Sebenarnya kakak aku yang betunang lah korangggg
Memang tak lee kalau aku ni nak betunang
sape lah nak kat aku niiiiii... acecececece~


Kakak aku diapit dengan mak aku dengan bakal mak ipar kak aku. ngee


Pinky Winky ;P

Oke tiba-tiba aku sorang-sorang aku warna biru. HAHA


 Alhamdulillah kakak aku dah jadi tunang orang pun..
cepat je masa kan..
macam baru semalam duk main lari-lari depan rumah dengan kak aku
sekarang dia dah jadi tunang orang, dah nak kawen pun
maknanya turn aku juga sudah makin hari makin hampir..
hahaha ngade kau sherot!

Tugas aku sepanjang majlis tu simple
Pegang lecture note Sains Sosial..
sambil tunggu Falisya nangeh~
terbaek wokk!!!




Pape pon tahniah untuk kakak aku, Syafiqah dengan abang Syakirin!!! hope kekal selamanya.. Ameen~



6 comments:

:: aina :: said...

igtkan da bertunang btol tadi . bru nk cakap tahniah . hik3 :)

Princess Feyqa said...

tahniah utk kakak hehe

sherotpetot said...

aina
hehehe.. saje je wat gimik ;P

sherotpetot said...

feyqa
trima kasih dari kakak.. wee~

syaz said...

mcm mane kaler biru le ade kt majlis tu ek...xpatut.xpatut..haha

sherotpetot said...

apa pulak tak patut.. patut laa. hihi