Friends

Tuesday, January 17

handmade birthday card

Assalamualaikum. Sebelum apa-apa wish birthday kat mak tersayang aku. Hee.. hari ni birthday dia. Happy Birthday Mak!! Hehe. Walaupon mak tak baca pon belog aku nii kan~ gagah pi la wish kat sini pon ;P


1Febuari pulak birthday bos. Walaupon belum birthday pon, hadiah dengan kad dah dapat dulu. Hehehe.. sebab dah cuti sem kan. Masing-masing balik kampung masing-masing. Jauh-jauh pulak tu (=.=)


Hadiah nye.. tutttt~ rahsia ngade je nak rahsia-rahsia Kad nye buat sendiri je. Tak de makna nya nak beli kad bagai. Orang kedekut lah kata kan.. hee~ Dan macam biasa kad nya haruslah berunsurkan quilling. Sebab tu je kepakaran aku di kala ini. Muehehehe~ tak. tak. tak pakar pon. Aku pon masih lagi baru nak belajar-belajar. Ngeh!

Quilling aku kali ni inspired by Miyah kertas. Korang pegi lah usha blog beliau. Lawa-lawa wohh quilling-quilling beliau. Menjuling mata aku nengok nye.. Betoi !



Haa ni envelope nya. Envelope pon dah gedabak tak mau-mau. Hadiah ciput je.. hehe. Tak cukup bajet nak beli hadiah gedabak, kad gedabak pun jadi lah kan.... Janji hado. hehehehe. Oke untuk envelope aku potong-potong kertas A4 colour coklat yang keras sikit tu. lipat-lipat jadi rupe kotak. Siap! Sebab nya quilling kan timbul, so nak letak dalam envelope biasa kang nanti rosak pulak quilling nye. Nak biar togel tak bersampul pulak rasa macam nak letak dalam sampul.
                                    
Part tulisan kat atas kotak tu memang tak berapa nak puas hati sangat sebab asalnya aku buat quilling jugak. Tiba-tiba sampai separuh jalan, rasa macam ada part yang ter huduh . So dengan kadar segera aku tanggalkan balik quilling tu.. tengok-tengok kotak tu pulak dah huduh sebab ada bekas-bekas koyak masa tanggal quilling tu tadi. Dem! Nak buat kotak lain macam malas lah pulak. Terus capai kertas lain tampal atas tu. Hermm sikit tak puas hati disitu.




Quilling nya sekali lagi aku ulang di inspirasi kan dari Miyah Kertas. Cuma bunga aku lain dari bunga Miyah. Wee~ Usaha ni aku gugel tutorial buat bunga ni.. first-first buat tu gagap sehhh. Bekali-kali try tak jadi-jadi. Lepas tu oke laa.. Asal nampak rupe bunga kira ye lah tu. Kemas tak kemas belakang kira. Hehe ;P




Dalam nya pulak aku pakai origami punya kertas. Pastu potong pakai gunting yang corak-corak tu. Simple je.. Kbai.