Friends

Tuesday, August 30

aidilfitri 1432H

Assalamualaikum.Hye guys!Dah seminggu aku abaikan belog aku ni hah.Bajet bila dah lama tak buka, mencanaklah komen ke hape, rupanya tak da ponn..!Macam mana aku tinggal seminggu lepas, macam tu jugak lah ghupe nya masa aku buka belog ni tadi.Wuu~kesian:’(




Tahun ni kan.. aku rasa cam gila lain lah dari tahun-tahun lepas.Baik bulan Ramadhan ataupun Syawal, dua-dua lain. Yang Ramadhan malas lah aku nak cerita, bukan korang nak tau pun kannnn.. Muehhe. Yang aku nak cerita sangat ni yang bulan Syawal tu. Tapi sebelum tu aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI sekali dengan SALAM KEMERDEKAAN lah kat korang-korang semua :) Sepuluh jari aku susun nak mintak maaf zahir batin kat semua yang mengenali diri ini.. Wahh macam salam perantau dah ha ;) HAHA. Masa sebelum raya haritu aku ada buat quilling sikit.. Ngee lihat ya :>

Siap dengan prop bagai. HAHA




Pasal Syawal. Pagi tadi aku bangun pukul sebelas lebih, solat raya pun aku tak gi. Saja malas nak bangun awal,aku tahu raya kali ni tak da ghupe raya. Lepas mandi sunat raya, pakai baju raya, duk depan tv ja sambil habiskan stok kueh raya tunjuk mak kat rumah. Dah macam-macam rancangan raya dah besilih ganti aku tengok. Sedihh nya raya macam ni :((( pakai lawa-lawa untuk landing depan tv semata. Sob Sob Sob..


Seingat aku sepanjang 19 tahun aku hidup ni, tak pernah time raya tak balik kampung. Pagi lepas solat mesti semua siap-siap nak gerak balik kampung. Tapi tahun ni tak balik, siyes hati rasa sayuuu~ muahaha buat teruk boleh! Rendang, ketupat, lemang memang family aku jarang buat,balik kampung baru jumpa semua tu. Nak tumpang rendang jiran sebelah pun, banyak rumah dah kosong sebelum raya lagi, masing-masing dah balik kampung. Sunyi! Dah la Along aku pun hubby dia kerja, so depa balik paling awal pun masa raya kedua. Sunyi lagi! Nasib baik petang raya tu mak buat jugak rendang sikit :)



Oke alkisahnya kenapa aku tak balik kampung raya tahun ni sebabbb.. angah aku teberanak di pagi raya owhh~ Sepatutnya due dua minggu lagi, itu yang semua orang gelabah tah hengat tuu. Dah tak sabar-sabar dah baby nak keluar. Nak sambut raya sekali ngan moksu leteww~ Hehe



Alhamdulillah,walaupun tak raya kaw-kaw tahun ni, yang penting angah dengan baby selamat. Oh ya baby ni baby girl. Selamat lahir dalam pukul 3pagi 30hb August. Kira 1Syawal la kann..;) Seronok nya dia lahir masa hari rayaaa~


Setakat ni dia asyik tidur ja, aku tak dapat tengok lagi mata dia. Bulat macam Mak Teh dia kah?? Haha.. Tapi mak aku kata muka dia banyak iras papa dia, tang mulut ja ikut mama dia. Hee.. nama dia tak sure lagi, masih duk pikir-pikir lagi. Yang pasti pangkal nama dia Falisya. Falisya apa tu tak tahu lagi ;p


Oke lah dah kebas bontot aku ni ha menaip. Apa pun sekali lagi aku wish SElAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :) Bye!





P/s : Rindu rendang Ngah Ton dengan bihun sup Mak Lang. Hurmmm~

12 comments:

D.A.Y.A.H said...

wahh..babygirl jugak..

bleh geng ngan ank sedara aku yg baru berusia seminggu..ngeh3

aku pon raye depan tv..sob3

SLAMAT HARI RAYA,,SHEROT..hee :-)

'mitchie' yusoff said...

baby comel !
selamat hari raya !

NUR AYNIE said...

bby tu comel ase nk cium2 hihi...
slmt hari raya hihi

Zul Fattah said...

baby..come to papa k.
haha.. best r ko..dapat berya..
huhu..aku juga yg kena terlantar..
macam baby comel tu

sherotpetot said...

@D.A.Y.A.H
laa anaksedara hang pun pempuan jugak.. kalau tak boleh bebesan. kuikuikui
selamat hari raya jugak kat hang dayah, kalau ada termakan ke apa mintak halal naa ;p

sherotpetot said...

@'mitchie' yusoff
ngee..slamat hari raya

sherotpetot said...

@NUR AYNIE
hee datang uma la bole kiss kiss
slamat hri raya

sherotpetot said...

@Zul Fattah
Ehh tiba2 mg jadi papa dia. HAHA
napa xraya? sakit??? :p

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

raya tahun ni mmg x sebest sblm2 ni la, rasa meriah tu dh mcm kurang...
nway, pe nama babygirl tu? klo laki, dh boleh letak nama aidil fitri...hahaha

Curi header anda untuk tampal di entri Blog Header Cun-Melecun! #2 Wiieeeee..

yui92 said...

selamat hari raya



followed 124th =p

sherotpetot said...

@Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee)
Baby girl la.. letak nama fitriah boleh kot. hehe
Thx tempek header saya kat situ. Header lekeh je ;p

sherotpetot said...

@yui92
slamat hari raya
thx