Friends

Sunday, May 28

Back to blog


  1. Assalamualaikum
Weii lama GILA tak jenguk blog
Last time baru-baru deliver Salman dulu,
sekarang Salman pun dah 2 tahun lebih dah
Nak jadi abang dah lagi sebulan ni haa

Yes, now aku pregnant lagi. Hihi
Tengah tunggu due je ni sebelum raya ni
Tu pasal rodek balik entry lama pasal checklist barang nak kena ready tu haaa
Lama tinggal lupa dah ha aku apa yang perlu apa yang tak perlu
Tapi kali ni insyaAllah la expert sikit dah dari haritu
Haritu blur habis
Main ikut google jer
Last last barang tak pakai sampai ke pregnancy kali ni aku boleh pakai balik
Nasib belum expired lagi
Jimat duittt. Hihi

Tapi memang jimat betul kali ni
Rilek gila kami laki bini apa pun tak ready
Sampai tadi baru beli nursing bra je
Tu pun sebab nursing bra time si Salman semua dah nazak sangat ghupenye

Lain lain rasanya takde apa sangat
Baju lebih dari cukup sebab boleh repeat baju abang dia
Pastu baju cousin depa pun diorang pass kat adik jugak
Murah rezeki adik, alhamdulillah ;)

Rasanya barang mama nya je yang banyak kena beli ni
Barang baby mostly dah ada

Eh dah la macam dah taknak tulis
Actually banyak gila keje aku tak settle lagi ni
Tapi seriussss sekarang MALASSS gila
Rasa letih nak tidoq jaa memanjang
Adehhhh
Rumah pun dah macam tongkang pecah
Arghhh STRESS

Dah jom aku stop sini dulu
Saja je baca-baca entry lepas rasa teringin nak tulis balik
^..*

Aku tutup entry ni dengan gambar abang Salman kita ni haaa
The latest one


Opsss takleh upload plak pakai fon ni
Takleh sudah
Bye!

Sunday, May 10

Review Baby Cradle Sweet Heart dari Lazada RM99

Assalamualaikum.

Ewah ewah detail sangadd tajuk nya. Okeh dah datang dah sawan update blog,, moh le aku amik kesempatan ni mereview bebarang baby buat pedoman bersama. Bukan pe,,, saje ah nak share serba sikit sebab time aku nak membeli haritu pun aku suka baca dulu review review dari yang dah pernah membeli, tau experience diorang, ok ke tak ok ke lepas tu boleh la decide patut beli ke tidokk. So why not aku pun sharing sharing jugak khenzzz.

Since preggy lagi dah discuss dengan husband nak membeli katil baby asing untuk dia sebab nya memasing taknak kalahh nak tido atas katil. Hihi. Kalau tido betiga dengan baby taklehhh, kang ada yang tersiku, terhempap baby kang. Cian baby. Huhuhu.

Tapi masalahnya rumah kami belum boleh masuk dan sekarang masih stay kat rumah mak, segala bebarang kami semua sumbat masuk bilik. Segala hadiah kawen haritu, hadiah orang bagi tiap kali husband bagi talk, barang baby lagi ni, segala mak nenek ada dalam bilik ni sampai naik rimas pulak aku dibueknya T___T Adehh. Bilik memang pack giler ahh, kalau beli baby cot saiz standard tu memang habis langsung ruang nak solat pun takde. Huhu. So aku suggest beli cradle saje lah or gi order baby cot custom made yang guna pine wood tu. Kan sekarang trend perabot pine wood tu kann.

Tanya tukang kayu sorang ni dia cakap kalau nak buat cot yang saiz aku nak tu dia charge around rm150 ke atas gitu. Itu secara kasar lahh sebab aku tanya dia jawab on the spot gitu gitu je. Nak tepat dia kena ukur bagai dulu. Terus cancel. Apa ke mahal nau khenzz padahal request design simple je pun. Adeii.

Ada gak gi survey kat kedai baby memang rata rata takde yang macam kami nak. Mostly saiz biasa yang pada kami besorrr, cradle pulak tak banyak kedai ada,, kalau ada pun harga dia melebihi bajet kami.

Actually haritu dah survey kat lazada ada cradle Sweet Heart harga seratus lebih jer. Itu yang letak bajet tak nak lebih rm150 tu. Pastu duk tunggu green light dari husband punya lah lamaaaaaaa, then dah dapat green light time nak membeli tu dah takde dah cradle tu kat website tu. Menangisi lah aku.

After deliver dah petengahan pantang tu survey online lagi cradle baby kat Lazada memandangkan habis pantang terus nak bawak baby tido kat bilik together gether. Pappppp ada pulak dah cradle Sweet Heart yang macam haritu. Tapi harga dia lagiiii murah dari haritu wehhh. Tinggal rm99 sajork termasuk pos. Rejekiii beli time lagi murah dari haritu ;) ;) Tak tunggu lama terus klik 'Buy Now'

Menurut terms n conds kat situ katanya shipping ambik masa dalam seminggu ke dua minggu tapi rasanya belum sampai seminggu cradle dah tercangak depan pintu rumah dah. Yeppaaa! Cepat sunggoh. Memang puas hati sangat shopping kat Lazada weh. Senang dan pantas. I ols is like.

Yang kureng sikit sebab dalam gambar kat website cradle tu macam colour merah, tapi yang sampai colour oren. Tapi takpe lahh tak kisah la, oren pun oren lah. Janji hado dan bawah seratos. Dia datang dalam kotak besorrr tau, then korang kena lah pasang memasang, dia ada sedia manual kot kalau tak salah aku. Ntah la weh sebab part pasang pasang ni semua aku serah kat husband.

Yang ku tahu cradle ni tempat tido dia dalammmmm. Means baby korang akan dikelilingi dengan kain yang material dia macam panas je kalau baby duk dalam tu. Takut gak baby panas sebab cuaca kat kedah time tu panas yang gilaaaa punya panas. Dalam pantang tepaksa pasang aircond weh sebab memang bahang dia perghhh merecikk. Hihi

So first few weeks tu tersadai je lah cradle tu kat sisi katil, tak guna pun. Sedih je beli tak guna, sampai dah pikir nak let go dah haa. Pastu camne ntah dapat idea nak lapik comforter bebanyak kat dalam tu. Bagi tinggi sikit so takde lah panas sangat kot baby tido situ. Try letak salman pun, tido elok je dia haaa. Alhamdulillah beguna gak benda alah ni, nasib belum let go, mak bapak salman pun dah boleh tido atas katil macam biasa ;)


Camni la ghupe dia tido dalam cradle dia. Sebabkan cradle ni tinggi dari katil, aku tak dapat tengok baby kat dalam tu. Takut gak dia muntah ke ape sebab salman ni satu masa haritu kerap gak muntah. Pastu kalau muntah senyap je dia haa, takde nangis apa, kalau tak nampak memang bahaya. So aku letak cermin pasangkan dengan flexible phone holder buat ala ala side mirror kat situu. Dapat la aku pantau dia dari cermin tu. Giteww. 

Cradle ni boleh setting goyang goyang macam buai, tapi kami tak buat dia goyang goyang pun sebab kami memang nak dia statik macam katil jer. Kalau nak guna as buai pun selamat je, korang takyah risau sebab dia ada tali attach kat besi dan klip kiri kanan so nanti takde lah korang terover goyang sampai dia pusing 360 darjah ke hape.

Pastu lagi cradle ni juga didatangkan dengan kelambu. Best kelambu ni, kemas. Tapi pun kami tak guna sebab punya la takut baby panas. Lagipun takde banyak nyamuk sangat dalam bilik. Pastu leceh nak buka tutup buka tutup kelambu ;)

Overall puas hati sangat dengan cradle Sweet Heart ni dengan harganya. Tapi tak dapat pakai lama lah rasanya sebab salman yang baru dua bulan lebih ni pun dah nampak sendat sendat dah. Aku syak salman just dapat pakai sampai 4 bulan je kot. Entah.. Nanti aku update semula kalau ingat yer.

Pastu cradle ni tak sesuai kalau korang nak guna di sini sana (portable) sebab saiz dia quite bulky untuk diangkut kesana kemari lepastu dia takde roda tau, kalau ada roda senang sikit nak mengheret kan. Pastu dia takleh lipat lipat ye, kena buka skru bagai kalau nak simpan.

Dari segi keselamatan, okey la aku nengok. Material dia guna pun okey kot cuma tu arhh aku je takut panas sebab dia guna kain licin tu kat keliling tempat tido. Lagipula kedah kan panas, bila aku panas, aku risau gilerr baby pun panas,, terus syak kain tu panas lah ape lah kan. Ntah ntah okey je. Korang try arh.

Okey lah rasanya tu je kot aku boleh share. Kalau ade apa apa soalan boleh komen kat bawah or direct wechat aku. InsyaAllah aku try jawab. Ewah. Tapi siyes aku tak nyesal labur rm99 for this cradle. Cheapest cradle yang aku penah jumpa okehhh. Kalau kat kedai berganda ganda ganda rege dia, design merepek pulak tu. Heh ;D

Thursday, May 7

Review Botol Susu

Assalamualaikum.

Jangan salah faham ye, alhamdulillah until today aku bagi salman fully breastmilk. Cumanya aku prefer bagi pakai botol untuk situasi situasi tertentu.

Situasi 1.
Since salman still tengah belajar latch teat, pastu kalau lambat dapat nanti dia akan menyebal kaw kaw punya, so untuk kesejahteraan sejagat sebelah malam memang akan ku pump sesiap susu buat spare. Biasa dia akan bangun around pukul 1, 3 dan 5 pagi, aku biasa tidur after jam 1, jadinya jam 2 tu aku dah pam sesiap susu tu tahan sampai jam 5. Gitu.

Situasi 2.
Salman just terror latch teat sebelah kiri je, sebelah kanan kena practice lebih sikit. Bukan salman je kena practice, mama nya pun kekok sebenonye pegang salman sebelah kanan. Hikhik. Kekdahnya mama asyik la bagi sebelah kiri kat salman. So yang belah kanan untuk elak bengkak susu aku pump. Dah bila pump cerita dia memang kena bagi pakai botol lah khenz.

Situasi 3.
Bila part nak buat hal sendiri macam nak gi mandi ke hape ke kan,, tau tau lah kan orang tengah pantang ni nak gerak pun kepit kepit giteww. Untuk elak aku panic dan semua yang lain pun panic bila part salman menyebal nak susu, aku pump je sesiap. Dapat lah ketenangan sikit nak spend time urus diri sendiri. Hihi

Situasi 4.
Kena ajar gak salman minum botol sebab july nanti aku nak praktikal. Kena tinggal nanti buat nya dia tak nak botol,, acanorrr.

Haa itu je lah kot situasi nya. Perlu yer ada breastpump dan botol susu kalau korang bercita cita nak fully breastfeed walaupun korang dalam pantang or housewife sekalipun sebabnya in case kalau ada emergency yang perlu korang tinggal anak, dapat tinggal sekali stock susu. Pastu in case susu tetiba kurang ke ape korang boleh buat power pumping. Gitchuu.

Macam aku, dari time pegnen lagi aku dah beli sesiap botol susu dengan breastpump. Breastpump, next entry aku roger ye. Bab botol memang awal awal lagi dah aim nak beli brand Tommee Tippee sebab comel nau nau. Pastu anti colic. Pastu teat dia mimic breast mom pulak. Pastu kebetulan ada promo botol 9oz tu rm20 je ke brapa tah tak ingat, tapi memang ada promo la time tu. Terus grab.

Bila try kat salman memang dia boleh je isap, tapi kami yang tengok ni rasa kesian, takut dia penat sebab botol tu bila tonggeng kan dia susu menitik nitik terus. Pastu susu keluar laju giler walaupun guna teat flow yang paling slow dah. Ada gak try beli teat yang jenis 'X' tu, but still rasa cam laju tak best.

Terus decide nak kasi tukar botol jenis lain. Nasib tak membeli banyak botol Tommee Tippee haritu, ada gak niat nak membeli Starter set yang siap botol bebanyak dalam tu time pegnen haritu, nasib tak jadi,, kalau takkkk bazir sajork.

Google jadi rujukan dalam misi mencari botol lain. Antara kriteria yang mesti ada of course teat mimic breast, teat lembut dan anti colic. Hasil google, ada dua botol yang jadi pilihan -mimijumi dengan comotomo. Mimijumi boleh tahan design dia, memang duk ngusyar since pregnen lagi. Yang comotomo pulak design memang bukan taste aku, pun sejak dari pregnen lagi. Hihi.

Malam tu suruh husband gi kedai bandingkan antara dua botol ni yang mana teat lagi lembut mandangkan dedua pun anti colic dan teat mimic breast. Nak membeli dua dua rasa cam takut bazir lak mandangkan dedua pun bukan nya murah dik non. Mau pat lima nam puloh sebotol T___T

Then husband decide amik comotomo sebab teat dia lagi lembut. Sebabkan botol tu ada colour hijow dengan pink jer,, aku decide amik pink lah lawo sikit walaupon anak aku laki khonnn.. takpe ape laki pakai pink ;P


Alhamdulillah salman selesa dengan comotomo ni. Kami pun selesa gak menengok kan nye sampai terbeli satu lagi botol pun beli botol yang sama colour pink jugek. Kira now salman ada dua botol comotomo pink. Gitchu.

So far yang best nya pasal botol ni of course teat dia yang lembut sangat sesuai untuk newborn baby macam salman ;) flow dia pun depend pada isapan baby. Kalau baby tak isap, kau tonggeng lah camne pun memang susu tak keluor. Memang baguss dan memang puas hati part ni.

Yang tak best nya body dia kan dibuat dari silicon, lembut siap boleh picit picit tauu. Tapi until now aku tak tau apa function dia buat body camtu, tak pernah la pulek aku picit time salman tengah menyusu, takut salah picit kang habis tesedak budak tu. Nauzubillah. Tak syok tau body silicon dia tu senang lekat habuk, bila part nak keringkan lap dengan tisu, akan lekat habuk habuk tisu tu kat botol. Tak syok. Tapi bisa diaturrrr,, kau takyah la lap pakai tisu. Sattle problem ;)

So buat masa sekarang aku masih puas hati la guna botol cap comotomo ni. Worth money sebab tengok salman pun happy je menyusu takde teruk teruk isap macam Tommee Toppee dulu tu. Dengan comotomo ni aku tengok kalau dia penat mengisap dia akan stop jap tapi still kemam teat rilek je ha. Then sambung balik isap.

Now tengah bekira kira nak beli botol yang besor sikit mandangkan bila ngepam susu sekarang ni kadang dapat lebih dari 5oz. Salman pun makin besor, makin banyak minum nya. Tak tau nak membeli botol apa lagi. Comotomo yang 9oz macam tak cunnn ahh. Aku duk bekenan dengan botol suavinex yang gojes gojes tu,, tapi teat dia bukan mimic breast pulerrr. Takut terus dia taknak isap kat breast kang. Adeh..